Wednesday, April 14, 2010

Renungan Buat Jemaah Tabligh


Assalamualaikum,

Saya telah menerima satu komen mengenai artikel tulisan saya terhadap Jemaah Tabligh. Saya nukilkan disini bagi renungan buat semua karkun Jemaah Tabligh terutama yang telah menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.

Asalamualaikum! Jemaah Tabligh itu benar, yang tak benar 80% orang yang mengikutinya di Malaysia. Kenapa saya kata begini. Ini Hujahnya :-

1. Kalau kita lihat kehendak Pengasasnya maulana Ilyas dalam buku "malfuzat maulana ilyas".Comel & elok. Tapi karkun di Malaysia sedikit yang mengamalkannya. Setakat saya temui kalau di Kelantan ada beberapa orang sahaja.

2. Kalau kita dengar bayan maulana ibrahim (Orang alim Nizamuddin) lembut & hikmah. Caranya jelas. Tapi karkun yang mengamalkannya sangatlah sedikit.

3. Kalau kita buka nasihat orang-orang alim tabligh dalam koleksi nasihat mereka sangat indah & sejuk. Tapi tidak ada penghayatan dalam diri karkun.

4. Kalau kita baca usul tabligh yang digaris oleh maulana jelas & terang. Tapi tak diikuti oleh karkun.Kenapa jadi begini khasnya untuk jemaah tabligh di Malaysia. Mengikut pengamatan saya yang pernah bergaul dengan orang alim dalam tabligh & pernah keluar sebanyak 3 kali 40 hari ialah:-

1.Karkun tabligh taksub kepada satu aspek iaitu -keluar.Satu aspek lagi yang dipanggil usaha Maqami (tempatan) kurang sambutan. Kalau ada pun ala kadar.

2.Karkun kebanyakan tak mahu belajar kitab & tak mahu berdamping dg.orang alim. Inilah antara penyakit yang dihadapi oleh jemaah ini di Malaysia. Semoga Allah membaikinya.

Terima kasih buat saudara yang memberi komen membina itu. Bertambah pengetahuan saya dengan komen ini.

Namun, saya menerima banyak komen dari karkun Jemaah Tabligh yang langsung tidak menunjukkan kematangan mereka dalam menghadapi kritikan dan hentaman pedas. Macam itu kah orang yang mendakwa diri sebagai pendakwah. Sememangnya mereka tidak layak menjadi pendakwah.

Kerana ada orang seperti itulah Islam diberi label yang sangat negatif. Sebarang komen yang berbentuk ugutan dan cabar-mencabar tak perlu saya layan..

Wallahualam

No comments:

Post a Comment